WUDUK
Wuduk @ Uduk
(Mengambil air sembahyang)
Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk
(mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil)
terlebih dahulu.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: "Sembahyang salah seorang diantara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga iaberwuduk".
Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kitaingin melakukan:-
•
1. Sembahyang-sembahyang sunat.
•
2. Thawaf di Baitullah.
•
3. Menyembahyangkan mayat.
•
4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
•
5. Memegang
(menyentuh/membawa)
Al-Quran,tetapi dibolehkan, diharuskanmenyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.
Syarat-syarat Wuduk
Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
•
1. Orang Islam
(orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
•
2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik denganyang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
•
3. Air mutlak
(air yang suci lagi menyucikan)
.
•
4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
•
5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya,sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin,getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir,eyeshadow dsb.
•
6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dansunat.
Rukun-rukun Wuduk
Rukun wuduk itu ada enam perkara:-
BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAHBERKUMUR & BERSIHKANHIDUNG
1.
NIAT
, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wuduk,bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-
"Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala"
ertinya
"SahajaAku mengangkat hadath kecil kerana AllahTa'ala"
atau
"Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala"
bermaksud
"Sahajaaku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala".
Sebelumberniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki sertamulakanlah dengan membaca
"Bismillah hirrahman nirrahim"
dan niat.
NIAT & BASUH SELURUHMUKADARI TELINGA KIRI-KANAN
2.
MEMBASUH MUKA
, mengalikan air serta meratakannya keseluruhmuka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu
(jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya)
dan dari telinga kanan hingga ketelinga kiri - 3 Kali.
HUJUNG JARI HINGGA SIKUMULAKAN TANGANKANAN/KIRI
3.
MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU
, dimulai darisiku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanandahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.
MENYAPU AIR KE KEPALA
MENCUCI KEDUA TELINGA
4.
MENYAPU AIR KE KEPALA
, merata menyapu kepala dengan airsekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah
menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.
MEMBASUH KEDUA BELAHKAKIMULAKAN KAKI KANAN/KIRI
5.
MEMBASUH KEDUA KAKI
, mengalir dan ratakan air kepada duakaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki,mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.
6.
TERTIB
, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukandan yang kemudian dikemudiankan.
Selesai mangangkat Wuduk hendaklah membaca
Sunat-sunat Wuduk
Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-
•
1. Menghadap ke arah Kiblat.
•
2. Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillahhirrahman nirrahim".
•
3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangansebelum berwuduk.
•
4. Berkumur atau bersugi.
•
5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untukmembersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
•
6. Menyapu air ke kepala.
•
7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
•
8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
•
9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
•
10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
•
11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
•
12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolongmenuangkan air sewaktu berwuduk.
•
13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengankain atau sebagainya.
•
14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekasatau ketimba.
•
15. Berjimat ketika menggunakan air.
•
16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakanwuduk.
•
17. Membaca
setelah selesai berwuduk.
Perkara yang membatalkan wuduk.
Enam perkara membatalkan wuduk:-
•
1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan
(kubul ataudubur)
seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan